EPAL HIJAU
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:
- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:
- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
SPIRULINA
KANDUNGAN SPIRULINA
1. Mengandungi Beta Karotin untuk menguatkan penglihatan.
2. Mengandungi Vitamin B-12 (25 kali lebih banyak dari hati lembu) yang membantu untuk membentuk sel darah merah dalam sum-sum tulang.
3. Mengandungi Zat Besi untuk membantu menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan tubuh.
4. Klorofil (warna hijau) bagi membantu meningkatkan proses penyingkiran racun dan bertindak sebagai
anti-penuaan.
5. Karotenoids yang bertindak sebagai fungsi anti-oksidan dan anti-kanser dalam tubuh.

KHASIAT SPIRULINA
• Bertindak sebagai anti virus
• Menurunkan kadar kolestrol
• Memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid
• Menurunkan risiko kanser
• Menaikkan imunisasi tubuh
• Meneutralkan keracunan dalam ginjal
• Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat di dalam usus yang membantu proses pencernaan
• Mempercepatkan penyembuhan luka dalam dan luar
• Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
• Membantu mereka yang terdedah pada radiasi
• Mengatasi kelemahan tubuh badan bagi pengidap kencing manis
• Bahan pengganti khusus bagi kanak-kanak yang kurang gemar makan sayur